Sunday, May 18, 2014

Lagi 3 Bulan nak setahun

wahhh
hampir setahun aku tak update blog ni..
banyak sawang kat tangga tu..
btw,, pejam celik jerit perih,,, dah 8 bulan aku kerja Aida Engineering..
Thanks to Allah , Alhamdulillah ..
masih memberi aku kekuatan untuk terus disitu mencari rezeki..
walau banyak dugaan...

akhir kata,,
arigato gozaimasu

Monday, September 16, 2013

Aida Engineering Sdn. Bhd.

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia !!
tajuk enrty ni adalah nama company aku bekerja sekarang..
nama gah tapi orang yang betul2 kuat je leh kerja Department aku.

Setakat ni target aku hanya nak dapat gaji bulan pertama.
hahahaha.
tengok la next month macam mana.
kalau boleh nak kerja under GOVERMENT ..

rezeki tu akan ada kalau ada usaha.
zaman sekarang pon dah senang.
ada Perbadanan mohon pakai online ..

tapi 1 je,, PDRM punya permohonan dah pakai SPA.

sebenarnya tak salah kalau PDRM ni ikot cara lama.
means guna orang dalam...
cuma ada baik ada juga buruknya laa

BAIKNYA,,
setiap anggota baru adalah orang yang betul2 tau tugas polis.
macam aku,, anak polis..
kalau dapat SARJAN terus pun boleh sebab sumber rujukan aku,,
AYAH !

BURUKNYA..
bukan dari salasilah polis,,tapi bila masuk buat hal.
mencemar nama baik PDRM ..
TAK SYOK OOO...

Akhir kata,,
mohon sangat dapat PDRM atau BADAN KERAJAAN.
Aamiin !!

Friday, July 12, 2013

RAMADHAN YANG HILANG

sebenarnya sesuai sangat laa bila aku bagi title ni sebab................
tahun ni kerja lain macam sikit dari praktikal tahun 2011.....
bukan semua nak kerja macam ape yang aku kerja ni...
jaga gym sampai kul 12mlm dari pukul 4 petang..........
mane laa perjalanan berbuka dan terawih aku...

cuma Alhamdulillah,, masa siang yang terluang tu banyak digunakan...........
membaca Al Quran ...paling banyak 3 mukasurat ..
boleh lebih tapi ...kemalasan tu besar sangat.....
kerana MALAS tu jugak la aku kerja gym lagi .haha
*dah usaha jugak ok .3 interview pergi ..
Latest Celestica kat Senai, Johor.   
REDHA JE DENGAN KETENTUAN ALLAH


nekadnya aku nak kerja industri sampai satu tahap aku rela..
jadi OPERATOR PENGELUARAN, OPERATOR MESIN (lagi elok kot)
tengok kawan2 mudah je dapat kerja..
apa resipi dorang time interview ye.
aku tau tak semua org berjaya dari interview..
aku kalau diberi latihan dan tunjuk ajar ,,,
mahir jugak last2 nanti ..

akhir kata 
SEMOGA AKU DAPAT PEKERJAAN YANG LEBIH BAIK
UNTUK AKU BANTU AYAH AKU MENANGGUNG KELUARGA..


SeKiAn...

Sunday, June 16, 2013

JOHOR-KL-MELAKA-JOHOR

Setelah lama tak update blog,
baru ini hari mau update la sikit bila dapat balik NEGERI KELAHIRAN (KL)

Khamis jam 5pagi gerak dengan Estima yang memang luas.
tidur pun 2jam je.
nak drive tak berapa berani la pulak.

sampai je kL ,nak kena redah jem yang paling teruk sejak pindah johor.
highway pasir gudang jem la jugak tapi takde la teruk.
nasib baik kereta auto.kalau manual, tak merengek mak sakit kaki.haha

singgah rumah makcik jap,, keluar balik pergi Kolej Vokasional Setapak ,
baru nak ambil sijil SPM. dah tu terlupa Sijil Kokurikulum.
masak dan lantak la.janji sijil SPM ada.

dah tu ke Semenyih tengok Kem PGA Batalion 4.
makan,,,,ke Tmn Sri Haneco.
tengok rumah ayah beli.
sedih ... macam setinggan dah jadinya.
tekad la dapat kerja tetap,, beli rumah kat Seri Alam.
baru puas hati.

then, gerak pergi SMK Perimbun.
ambil sijil PMR.
lupa jugak nak buat sijil berhenti sekolah.
tiba2 je ada sijil berhenti sekolah SMK Zon R1,Wangsa Maju.
hahahaha.

selesai je,, gerak pergi rumah saudara mak,
esoknya pergi TTDI ziarah bekas jiran masa kat Kem Briged Tengah.
bawa anak sepupu , Wana dan Aimi yang ramah sangat.haha

Sabtu pagi gerak,, singgah Melaka
Ucu nikah dengan Uncle Iskandar (Mualaf)
pas tu tengok nenek ,,,
gerak balik Johor ..

Lega kepala bila dah sampai johor.
tengok2 stesen keretapi tepi highway PG dah ada penambahan.
sibuk kerja kononnya.


Sunday, August 26, 2012

kembali kepada Politeknik Ibrahim Sultan ,Johor

Assalamualaikum ,
wah ,dah nak habis 10 hari cuti ni .
dah kena refresh kepala otak ni untuk check in data2 yang diperlukan.
hahaha .

risau juga jadinya bila takot2 tak teringaat pape kan .
permulaan hari kuliah mula kul 8 pagi lak tuh .
pedih tak pedih la.

Raya ni tak banyak memori .
cuma perubahan dalam pergaulan tuh ada sikit .
antara saudara mara la biasa .

al maklumlah lepas 
Majlis Silaturahim Keluarga Hj Kaman
ramai kenal dan biasakan diri .

kalau nak cerita duit raya ,
dah besar gedabak ni ,,
tak banyak lah duit raya nya .
segan pon ada .
haha

harapnya tahun depan dapat rasa ,
beraya drive sendiri dan paling penting bagi anak2 sedara and sepupu duit raya.
tak banyak ,sikit pon jadi .
\
akhir salam ,

anyonghaseyo ..

Monday, August 13, 2012

Ramadhan TO Syawal

sedar tak sedar dah tinggal berapa hari je nak puasa .

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.
wah ! macam menteri pulak.

blog ni macam dah bersawang gamaknye.
maklumlah sibuk dengan kehidupan harian.
kadang2 malas nak mengadap lappy nie .
(tibe2 lalu nyamuk depan mata, ha! dapatkan pun tepuk .haha)

Syukur ,setakat nie puasa tak tinggal ,
walaupun demam selsema melanda 2 hari .
ikut petua orang la ,
bantai 100 plus ,panadol tak bagus .
jangka panjang bahaya menanti.

rasanya semakin meningkat umur ,
semakin merasakan syawal tu macam hari2 biasa.
tapi tak tahu la nanti RAYA KEEMPAT ada  
HARI SILATURAHIM KELUARGA HAJI KAMAN
(moyang ,ayah mak my mak)
hahaaha.

harapnya dengan ada majlis tuh ,
dapat la aura syawal yang dinanti .
ikutkan rasa hati ni malas nak pergi .
sebab . . . . 
dah banyak 'kuih raya' dari lecturer ni . .haha

kepada yang membaca entri ni .
diucapkan 
SELAMAT HARI RAYA ,
MAAF ZAHIR DAN BATIN

terima kasih kerana sudi baca entri yang tak seberapa ni

Friday, July 6, 2012

detik detik menuju semester 7 .HAHA !!

mengimbas kembali semasa Julai 2009 ,
sibuk menyiapkan diri untuk menghadapi dunia Pengajian Tinggi .
tak sangka dah 3 tahun berada kat Politeknik Johor Bahru
( sekarang dikenali Politeknik Ibrahim Sultan )
tengok ,,,sampai dah tukar nama.HAHA ..

masa tuu umur baru 18 tahun .
sekarang dah nak 21 tahun .
(takde kena mengena kowt)
kawan2 lain ramai dah habis belajar .
( TAMAT PROGRAM )
ada yang habis dengan semester 6 ,
ada yang habis dengan semester pendek Mei 2012..
TAHNIAH buat korang .

tinggal lagi 1 semester jer untuk dapat konvo sesama .
harapan dapat habiskan dengan pointer 3 point above laa.
semangat nak belajar semakin memuncak.
tapi tengoklah nanti macam mane perjalanan kuliah an..
mungkin banyak sangat cuti pon tak bape bagus.

... PROJEK AKHIR SEMESTER => SAVILIGHT ..

semoga perancangan yang ditetapkan dapat dilaksanakan 
DAN
berharap dapat ke LOS ANGELES, US .

terima kasih kepada yang sudi singgah ke blog ni ...