Thursday, September 30, 2010

Terkezut !!!

"lampu neon mentari kuda unicorn"

sebenarnya bukan uh aku nak terjemahkan.

bermula dari tarikh
24/9/2010 ...sempena open house umah aku .
aku tak sangke la yg sorg kawan aku nie akan datang dan kesudian dia ,mengterharukan aku .
(tatabahasa salah uh)
sebelum nie dia pnah wat sesuatu yang aku rasa dia damn aku mcm nama kelas aku DEM .
tapi ternyata tak ..
thanks pada dia kerana sudi hadir .
dan keesokannya pon pergi beraya bersama .
haha ..

kalau kau bace ,
thanks coz kau dah mematangkan aku utk kawal prangai aku .
(sebenarnye pew aku cakap??)

dan lagi satu pemberitahuan ..
AKU KAWAN DENGAN SEMUA ORANG.
lau dalam kelas ,,semua aku kawan .
tiada pilih kasih.
mcm Rosyam Nor la plak ..
haha ..

pape pon ..tak kire ko atau org len ..
bantu lah aku berdikari kat negeri dan tempat yg baru 2tahun aku selami ..
iaitu Johor Bahru dan kawasan yg sewaktu dengannya..
eceh ..

akhir kata ..
majulah aku utk negara ...

Sunday, September 19, 2010

"walau kau tidak perlukan ku ,
ku tetap mendoakan kebahagiaan mu ,
tapi hanya satu yang ku pinta ,
izinkan ku menyintaimu dari jauh "

sangat tragis bait lirik nie .. lagu Nabil Damanhuri - Dari Jauh...
jiwang tak jiwang lah ...
semua nie atas dasar kemanusiaan ..
tanpa cinta kita takkan leyh hidup..
sokong atau tak terpulang .

yang pasti cinta pada Allah dan Rasulnya amat penting ....
tanpa cinta-Nya ,, hidup di dunia dan akhirat takkan terjamin.

kehidupan ini kadang kala memang sukar dengan hadirnya masalah dan musibah menimpa2 .
itu lah ujian kita sebagaimana korang amek UPSR , PMR ,SPM .
hatta , mase Final Exam sekalipon ...
masalah dan musibah muncul sebagai ujian untuk kita tentukan hidup kita di akhirat ..
bukan hanya duniawi ..

Justeru itu ,, teguhkanlah cinta korang pada Allah , Rasul , Keluarga dan diri sendiri ,
sebelum mencintai kaum berlainan jantina ..

Friday, September 17, 2010

teruja ::>

pada pukul 11 mlm tadi ,,aku teruja kerana jumpa facebook ex aq (lah sgt) .
dan mber dy .haha .
so ,perhatian di sini .ini student engineering .jgn cuba menipu lau perkara tak benar .
sampai lubang cacing pon aku carik .
aku barik pon juz nak tau update dorg .saje suke2 ...
sebab aku tak suke kehilangan kawan walau dorg tak ingat aku ..
wee~ ~
nway ..lagi 3hari dah nak naik kuliah .
malas sangat bila pkir banyak asgment tak buat lagi .
pening pon muncul kadang2
pada kawan2 yg teman masa cuti n kawan2 yg aku kenal masa cuti .
thanks korg ..
jasamu amat aku hargai ..

Wednesday, September 15, 2010

TRAGEDI HARI RAYA

malamraya
aku cuba membantu yang termampu ,tapi ternyata takde pe yg leyh aku tolong.hahahaha

rayapertama 
tak pat pegi sembahyang raya .hujan lebat yg amat .org nga sembahyang ,aku dgn family ,makan !
yeah!

rayakedua
sabtu an ,,,plan balek pagi ...tp ada masalah teknikal sket. dipendekkan cerita, ramai saudaramara beraya .ada la yg aku kenal ,yg aku barukenal... yg baru nakusya pon ada.hahahaha
(dilanda saket pwot yg teramat sgt)

rayaketiga
ahad ..bertolak balek umah ,sambil singgah beraya  umah adik arwah nenek ..mcm bese la ibaratnya.
raya je mesti dtg ..
sampai umah dah bzy kne sambut tetamu ,makcik aku ngn family suami dy ..
(maseh saket pwot)

rayakeempat 
isnin?? rasa agak janggal kerana tak payah bgun sahur cz spanjang pose ,,aku kat umah jee .
hahahah.agak unik di situ . 
bangun je tgk naruto the movie the legend of stone gelel .
malam uh ,,maseng2 duk rapat2 tgk permulaan cter momok the movie .dah ujung2 ,,ketawa jee/
(adaa saket agy)

rayakelima
selasa .xde pe yg menarik cuma ayah dah start keje .bangun tgk naruto gak ,,haha
ape naseb .mlm tgk syurga cinta.itu jee.

Sunday, September 5, 2010

5 ke HARI RAYA !

mula2 nak ucap tahniah kepada yang tak pernah tinggal puasa lagi bagi kaum lelaki .
kejayaan korang amat diharapkan pada akhir zaman nie .
sempena menjelang 5hari nak raya nie korang mesti sibuk beli itu ,beli ini la utk raya nanti kan.

kepada yang sedang menjalankan ibadah di malam2 terakhir Ramadhan nie .
Selamat di ucapkan,harap2 dapatlah kite jumpe malam Lailatul Qadar yg pahalanya 1000 malam beribadah

sebelum telambat ,,
aku nak ucapkan
SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN
(kalau2 aku ada sakitkan ati korang kew)

raya , raya jugak ..
jangan lupa wat Tugasan bagi yang ada tugasan.
hehe.

Thursday, September 2, 2010

30 Perkara Perempuan x Sempat Bgtau Lelaki.....

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

*cuma copy dari notes seseorang di facebook