Monday, November 29, 2010

turun semester .

kenapa tajuk atas uh ??
ape cer an ??
sebenarnya sesuatu telah berlaku dalam pengajian aku di Politeknik Johor Bahru.
semester3 jun2010 menghidupkan suatu pengalaman baru pada aku.
aku gagal 3 modul.

Peranti Mekatronik
Kajidaya Mesin
Kajidaya Bahan

dengan keputusan yang serupa bikin .
aku maseh tak layak ke Latihan Industri.
puncannya , mengikut syarat ,
42 jumlah jam kredit.
aku hanya dapat 41 jumlah jam kredit .
mula2 uh tak puas ati arr coz kurang 1 jam kredit je.
tapi aku dah mula redha .

aku bukan macam kebanyakan student .
berjaya dalam percubaan pertama .
memang subjek yang ku gagal uh aku terasa beban sangat .

mase exam aku dah yakin boleh jawab.
tapi takdir Allah ,
tak leh dipertikai .
aku secara automatik dalam group turun sem.
dari DEM Julai2009
kepada
DEM Januari2010.

aku dah mule faham ,
aku kena belajar dua kali baru aku betul2 faham 
ape itu mekatronik dengan lebih lagi.

semoga dengan 4 modul yang akan aku pelajari 
bermula 1 Dis 2010 
aku dapat berjaya hendaknya.

aku harap hanya 4 ssujek ar
boleh try tingkat kan pointer n HPNM  aku.
amin~

Pengajaran
: belajar dengan tekun,pasti berjaya:

Wednesday, November 24, 2010

PENTAS

pernah tak satu ketika korang rasa hidup nie teramat perit
teramat berat untuk berada di pentas persada duniawi ini??
mesti pernah kan.

aku maseh terbayang2 lagi bila mana 
ada perkataan yang meinsafkan.
DUNIA INI IBARAT SUATU PENTAS
kita adalah pelakon dan watak terletak pada diri maseng2.
Allah adalah PENGARAH bagi ceritera yang berlaku di sekeliling .

boleh dikatakan semua tahu tentang ni .
macam mana watak utama dari siri pertama 
perjalanan hidup manusia 
iaitu
NABI ADAM & SITI HAWA.

dari kisah mereka kita dapat simpulkan pelbagai perkara tatkala terkadang kita leka.
leka dengan kehebatan duniawi.
tak semua sedar cerita disebalik kesilapan watak utama .
sebagai contoh:
seorang pelakon perlu mengikut kehendak pengarah bagi memastikan sebuah karya dihasilkan dan digarap dengan begitu sempurna dan dapat mencapai sebuah penghormatan.

MAKA,kita sebagai manusia yang dicipta Allah,
perlu sedar yang kita ini hanya HAMBA .
yang MAHA PENCIPTA ingin lihat telatah kita semasa di pentas .
Prinsip-NYA amat jelas.
LAKSANAKAN PERINTAH-NYA !
mengikut Al-QURAN sebagai panduan
dan
NABI MUHAMMAD S.A.W sebagai rujukan.

dengan pelbagai tanda2 kiamat telah muncul .
inilah ,
inilah kemuncak ceritera yang di arahkan oleh Allah.
kita akan dapat lihat setiap watak akan memprlihatkan perwatakan yang berbeza.
dan di pengakhiran nya.
sebuah FILEM akan ditoton oleh segenap umat di PADANG MAHSYAR.
ibarat filem yang akan mencapai status BLOCKBUSTER lagaknya.
huhuhu.

Nyatijahnya, marilah kita berusaha mendapatkan ANUGERAH PELAKON TERBAIK
semasa di SANA nanti .
dan 'percutiannya' semua dapat merasa 
cuma bergantung kepada amalan maseng2 .
samada SYURGA atau NERAKA.
lebih elok kita kejarkan ke Syurga lah hendaknya.

INSYA-ALLAH

Monday, November 22, 2010

Berpindah Ke Kuaters -->

merujuk perkara di atas .saya selaku seorang insan anak kepada pegawai keselamatan kerajaan akan bepindah ke lubuk asal saya .hahahhaha
agak selekeh kot ayat atas uh.
sebenarnya aku dah nak pindah ke dalam perumahan polis.
dulu duduk kem polis .
skang up sikit
Perumahan Ibupejabat Polis Daerah.

jadi aku untuk minggu nie sebuk sikit
nak menguruskan ..
menguruskan ape??
badan ke ??
haha.
menguruskan barang2 untuk di bawa pindah.
mane yang tak perlu aku kena buang o jual kat lori.
ala,,,yang kutip2 barang terpakai uh .

tak kesah lah bapew dye nak amek .
janji tak semak untuk umah yang kali ketiga berpindah.
kena pandai setting barang la lagaknya
hahaha

jadi ,,
penantian minggu nie...
KEPUTUSAN SEMESTER3,
PELUANG MENJALANI LATIHAN INDUSTRI,
yang paling penting....
BERPINDAH KE RUMAH BARU

Thursday, November 4, 2010

BIaRkan BeRlaLu ..

setiap kali aku update blog mesti aku pamerkan tajuk lagu yang baru aku dengar .
haha ...lagu daripada band indon .
ELLO - BIARKAN BERLALU .
best tone lagu nie ..
tp video clip nye aku tak faham.
ayook! 
hahahhaha!

nak dijadikan cerita ,,hari nie aku rasa lega sangat sebab ,
dah 4paper aku lalui dalam FinaL Exam nie.
dengan harapan ,lulus semuanya .
Isnin nie ada lagi satu paper ,,
PERANTI MEKATRONIK!!

kebetulan itu juga ,
aku dah dapat tahu tentang tempat praktikal aku.
elaun lumayan sekali OverTime ..
itu sume aku jadikan peransang supaya aku,
dapat lepas untuk pergi praktikal !!

Sunday, October 31, 2010

FINAL EJEM ...

ini sebutan kawan kelas aku yang cina .alasan dy adalah .
"bahasa cina mane ada 'z' ."hahaha.
pape pon memang happening tadi .
kursus CIDB .


penceramah tayang video sedih pon leyh jadi berdekah!
aku tak paham kawan2 aku nie.hahaha
memang sewel .


isnin nie aku dah start paper untuk Final .




  • KAJIDAYA MESIN 
  • MATHEMATICS ENGINEERING 3
  • KAJIDAYA BAHAN
  • MEKANIK BENDALIR ,SISTEM BERDIGIT 
  • PERANTI MEKATRONIK .
aku harap semua nie aku dapat jawab dgn tenang dari segala apa yang lecturer dah ajar .
kepada korang yang bace blog nie.
DOAKAN KEJAYAAN AKU ..
lau tinggalkan komen ,,AKU DOAKAN KORANG!
hahaha ..






SELAMAT MAJU JAYA UNTUK YANG BAKAL MENGHADAPI EXAM BESAR!

Saturday, October 23, 2010

dua cincin .

kenapa aku jadi layan lagu nie pon aku tak tau .
mungkin nak suruh aku sedar tentang kesetiaan kot .
hahaha .
apa pon ..aku dah banyak pikir ttg semua uh .

entry kali nie aku nak luahkan kecemburuan aku pada dak2 di SMK Perimbun .
senang2 je dorang dapat pergi Limkokwing University dan bergraduasi di sana .

tak boleh jadi nie .haha .
kalau aku tak ditakdirkan berpindah ..
aku pon dapat join ..
tapi nak buat macam mane an ..
kepada kawan rapat aku semasa sama2 belajar .


ini lah die ..terang2 terpampang Limkokwing ..haha

pape pon ..tahniah lah kat korang kerana berjaya sampai ke sana
walaupun tumpang je .haha.

*aku akan tetap mencemburui nya..

Monday, October 18, 2010

sedih tak berpenghujung ..

aspirasi dari lagu Glen Freddly...
hahaha.
sejak beberapa hari ini ..
kebetulan nak final sudah..
aku merasakan ..
apa itu cinta sejati ??
dan sebentar pagi tadi ..
ustazah Tamadun Islam aku bercerita tentang jodoh.

bagaimana jodoh yang ditentukan..??
"jika kamu bertemu seorang gadis,kamu melihat dia dengan sifat ketuhanan,
kamu akan jumpe siapa itu jodoh kamu,
InsyAllah .."

kata2 itu membuatkan aku berfikir ,
biarlah jodoh yang menentukan aku jumpa 'dia'
aku dah tak larat nak mencari.

:kalau awak ada dekat dengan saya,muncullah sekarang awak,
paling tidak pun saya nak beritahu yang saya sayang awak,
awak jaga diri elok2 selagi kita tak jumpe:

*wee~~

Friday, October 15, 2010

siapa Gerangan dirinya .

inspirasi dari lagu kumpulan PADI ..
tapi kes aku nie lain sikit kerana aku hari2 jumpe dia .
aku suke tengok gelagat dia .
kepoyoan dia .haha
(dalam diam)

tapi ,jap!
aku angap dia kawan jer ..
hahaha .
cume suke apa yang dia wat .
kadang2 saket gak hati dengan perangai dia .tapi ,sokeyh ..hehe

dia suke berkawan ..
so aku berkawan sahaja .wee~~

*kepada kau ,aku suke tengok kau dari jauh 

Tuesday, October 12, 2010

COUNTDOWN ke ??

selepas kelas pukul 11 tadi ..
planning nak lepak mamak jew .
tak tau lak mber ajak g KFC ..
siap ada yang belanja uh...
hahah.
3ketul ku settlekan..

memang macam gampang .
konon nak lepak sane sambil study ..
tp bila dah 30 minit menghadap soalan yang tiada jalan pnyelesaian.
kami pun menge 'plan' satu aktiviti ..
KAROK !!

haha ..
setelah 1jam melalak ..
dan membuatkan suara aku kurg enak ..
satu tragedi berlaku ..
helmet sorang uh hilang ..
oh!
tidak mengapa .

bermula misi mencari helmet yang beliau inginkan..
aku follow..
setelah mendapat apa yang dikehendaki ..
aku dan beliau pulang ke arah masing2 .

haha..
agak merepek .
tapi aku tak pasti adakah mereka seperti mengetahui 13/10 ??
apa pun ,terima kasih pada mereka kerana merancang sesuatu.
hey! kawan ...
sayang korang lah weyh ..
hahaha

Monday, October 11, 2010

Cermin mata Baru ..wahhh

first of all thank kepada ayah yang sudi keluarkan duit untuk belikan cermin mata baru abang ..
hehe ..
pada 9/10/2010 ...dapat seluar2 baru ..
pada 10/10/2010 ..pergi ke kedai cermin mata..
dan hari ini termetrai la hari cermin mata baru ...
haha ...

rasa macam nie hadiah lak ...

Friday, October 8, 2010

takde tajok .

mulakan cerita ,terlihat seorang gadis berjalan keseorangan.habis semua yang di depan dia sepak ke depan , ke kiri ,dan ke kanan .bersimpang siur la lagaknya .
apa yang ada di fikiran gadis itu ek?? masyarakat sekeliling hanya memerhati secara pelik .
"minah nie oke ke tak ??" ,kata mat motor yg melepasi dia.
"nape awek uh ?? mcm ada prob jew ?? bek aku pergi kat dy " ,kata seorang lelaki yang memerhati dari jauh.

pada detik itu ,lelaki itu menyusuli gadis tersebut dengan menghalang perjalanan dia yang hanya menunduk.
"ape hal mamat nie ??" , gadis itu bermonolog.
"hai cik ,,boleh saya tau ,awak ada masalah ke ??" ,ayat lelaki itu.

si gadis pun tiba-tiba mgubah riak mukanya.
"saya oke je".

"awak pasti ?? sebab saya dari jauh tadi tengok awak macam memikirkan yang tak enak",
lelaki itu bertanya dlm petanda.
tiba-tiba muka gadis itu merah ,apa yang dia rasakan ??
mungkin rasa diri diperhatikan itu seperti indahnya dunia ??

"terima kasih awak ambil berat.tak sangka pulak ada lelaki yang tak kenal saya boleh ambil berat"
kata gadis itu .
"saya oke je sebab saya suka tengok awak,wlaupun saya tak kenal awak",
kata jejaka itu sambil merenung mata si gadis.

selepas dari itu ,bermula lah episod persahabatan mereka...

*haha.



Wednesday, October 6, 2010

pucuk dicita ulam mendatang

nak dijadikan cerita ,,tak lah hebat mane kan ....
penasihat akademik aku buat pengunguman ada tawaran dari Western Digital.
2 kekosongan untuk kelas aku ...
aku pon bagi la nama ,,,,ingat kan dapt .tak layak cz HPNM bwh 3.0 ...
sedih sikit cz aku maseh ngah mohon untuk Latihan Industri di TNB .
lari tajok pon lari lah ...
janji aku dapat, cz kat TNB aku kena berhadapan ngn kuasa elektrik yg tinggi ..
dan Mekatronik tak blaja semua uh...just byk kepada elektronik yg kecik nilai voltan .

kisah kedua ,,
aku tak pasti lah dunia sekarang macam mane ..
kawan aku ada seorang nie ,, prinsip dy ...
lau dy syg kat sorg pompuan uh ..dy ajak buat s**
katanya sekarang zaman moden .
aku pon bukan lah alim sangat an ..tapi kesedaran tentang hukum agama uh .
tapi tak tau lah betul ke mcm dy ckp ..
(aku tak nak kuarkan statement uh)

apa pun ,sekarang yang aku tau kita dah ada kat zaman peringkat ke 4 .
mcm Rasulullah s.a.w bersabda : "ada 5 perangkat sebelum hari kiamat".
peringkat nie mmg jadi nyata dari sabda2 Nabi .
Baginda membayangkan pada tahap ini ,,,
dunia dipimpin pemimpin yang penuh dgn tipu dan muslihat ..
dgn kesempatan itu ..apabila kedatangan Dajjal ,,manusia akan porak peranda..

aku cuma nak kongsi sikit je ..

Thursday, September 30, 2010

Terkezut !!!

"lampu neon mentari kuda unicorn"

sebenarnya bukan uh aku nak terjemahkan.

bermula dari tarikh
24/9/2010 ...sempena open house umah aku .
aku tak sangke la yg sorg kawan aku nie akan datang dan kesudian dia ,mengterharukan aku .
(tatabahasa salah uh)
sebelum nie dia pnah wat sesuatu yang aku rasa dia damn aku mcm nama kelas aku DEM .
tapi ternyata tak ..
thanks pada dia kerana sudi hadir .
dan keesokannya pon pergi beraya bersama .
haha ..

kalau kau bace ,
thanks coz kau dah mematangkan aku utk kawal prangai aku .
(sebenarnye pew aku cakap??)

dan lagi satu pemberitahuan ..
AKU KAWAN DENGAN SEMUA ORANG.
lau dalam kelas ,,semua aku kawan .
tiada pilih kasih.
mcm Rosyam Nor la plak ..
haha ..

pape pon ..tak kire ko atau org len ..
bantu lah aku berdikari kat negeri dan tempat yg baru 2tahun aku selami ..
iaitu Johor Bahru dan kawasan yg sewaktu dengannya..
eceh ..

akhir kata ..
majulah aku utk negara ...

Sunday, September 19, 2010

"walau kau tidak perlukan ku ,
ku tetap mendoakan kebahagiaan mu ,
tapi hanya satu yang ku pinta ,
izinkan ku menyintaimu dari jauh "

sangat tragis bait lirik nie .. lagu Nabil Damanhuri - Dari Jauh...
jiwang tak jiwang lah ...
semua nie atas dasar kemanusiaan ..
tanpa cinta kita takkan leyh hidup..
sokong atau tak terpulang .

yang pasti cinta pada Allah dan Rasulnya amat penting ....
tanpa cinta-Nya ,, hidup di dunia dan akhirat takkan terjamin.

kehidupan ini kadang kala memang sukar dengan hadirnya masalah dan musibah menimpa2 .
itu lah ujian kita sebagaimana korang amek UPSR , PMR ,SPM .
hatta , mase Final Exam sekalipon ...
masalah dan musibah muncul sebagai ujian untuk kita tentukan hidup kita di akhirat ..
bukan hanya duniawi ..

Justeru itu ,, teguhkanlah cinta korang pada Allah , Rasul , Keluarga dan diri sendiri ,
sebelum mencintai kaum berlainan jantina ..

Friday, September 17, 2010

teruja ::>

pada pukul 11 mlm tadi ,,aku teruja kerana jumpa facebook ex aq (lah sgt) .
dan mber dy .haha .
so ,perhatian di sini .ini student engineering .jgn cuba menipu lau perkara tak benar .
sampai lubang cacing pon aku carik .
aku barik pon juz nak tau update dorg .saje suke2 ...
sebab aku tak suke kehilangan kawan walau dorg tak ingat aku ..
wee~ ~
nway ..lagi 3hari dah nak naik kuliah .
malas sangat bila pkir banyak asgment tak buat lagi .
pening pon muncul kadang2
pada kawan2 yg teman masa cuti n kawan2 yg aku kenal masa cuti .
thanks korg ..
jasamu amat aku hargai ..

Wednesday, September 15, 2010

TRAGEDI HARI RAYA

malamraya
aku cuba membantu yang termampu ,tapi ternyata takde pe yg leyh aku tolong.hahahaha

rayapertama 
tak pat pegi sembahyang raya .hujan lebat yg amat .org nga sembahyang ,aku dgn family ,makan !
yeah!

rayakedua
sabtu an ,,,plan balek pagi ...tp ada masalah teknikal sket. dipendekkan cerita, ramai saudaramara beraya .ada la yg aku kenal ,yg aku barukenal... yg baru nakusya pon ada.hahahaha
(dilanda saket pwot yg teramat sgt)

rayaketiga
ahad ..bertolak balek umah ,sambil singgah beraya  umah adik arwah nenek ..mcm bese la ibaratnya.
raya je mesti dtg ..
sampai umah dah bzy kne sambut tetamu ,makcik aku ngn family suami dy ..
(maseh saket pwot)

rayakeempat 
isnin?? rasa agak janggal kerana tak payah bgun sahur cz spanjang pose ,,aku kat umah jee .
hahahah.agak unik di situ . 
bangun je tgk naruto the movie the legend of stone gelel .
malam uh ,,maseng2 duk rapat2 tgk permulaan cter momok the movie .dah ujung2 ,,ketawa jee/
(adaa saket agy)

rayakelima
selasa .xde pe yg menarik cuma ayah dah start keje .bangun tgk naruto gak ,,haha
ape naseb .mlm tgk syurga cinta.itu jee.

Sunday, September 5, 2010

5 ke HARI RAYA !

mula2 nak ucap tahniah kepada yang tak pernah tinggal puasa lagi bagi kaum lelaki .
kejayaan korang amat diharapkan pada akhir zaman nie .
sempena menjelang 5hari nak raya nie korang mesti sibuk beli itu ,beli ini la utk raya nanti kan.

kepada yang sedang menjalankan ibadah di malam2 terakhir Ramadhan nie .
Selamat di ucapkan,harap2 dapatlah kite jumpe malam Lailatul Qadar yg pahalanya 1000 malam beribadah

sebelum telambat ,,
aku nak ucapkan
SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN
(kalau2 aku ada sakitkan ati korang kew)

raya , raya jugak ..
jangan lupa wat Tugasan bagi yang ada tugasan.
hehe.

Thursday, September 2, 2010

30 Perkara Perempuan x Sempat Bgtau Lelaki.....

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

*cuma copy dari notes seseorang di facebook

Saturday, August 21, 2010

SEnandung ......

LELAKI : awk ,kite dah kenal lama kan .saya pon dah rasa selesa dgn awak.

GIRL : ye saya tau .tapi kenapa ek ????

LELAKI : bukan ape.saya nak cakap agak segan.dan mungkin saya nie telah melebih.

GIRL : awk maksodkan sesuatu yang membuatkan hubungan kite ke tahap lain kew?

LELAKI : lebih kurang begitu .tapi sebelum uh saya nak tanya awak sejujurnya.
              adakah awak sayang saya ??

GIRL : tentulah saya sayang awak .dah 5tahun kita kawan rapat kan.awak banyak tolong saya.

LELAKI : sebenarnya saya dah jatuh hati kat awak. sudi tak awak berkahwin dengan saya??
              menjadi pemaisuri saya ??

GIRL : maafkan saya awak .saya dah ada seseorang yang memerlukan saya sebagai teman hidup dia. jujur saya katakan sebenarnya saya dah lama jatuh hati kat awak jugak .tapi demi jaga hati keluarga yang dah tahu tentang kami.saya terpaksa anggap aawak sebagai kawan yang terbaik.

LELAKI : tak mengapa lah .sekurang kurang nya kita tahu hati masing masing .saya harap persahabatan kita tak terhenti sampai sini .saya harap ia kekal sampai mati .

GIRL : saya pon sama .awak lah lelaki yang paling saya sayang selama hidup saya walaupun jodoh kita bersama orang lain.terima kasih kerana awak pon sayang saya.

LELAKI : awak tetap dalam hati saya .


*kesimpulannya ,
walaupun kita kawan lama dan ada perasaan antara satu sama lain.
andai tiada jodoh ,tak leh wat pape*

Thursday, August 12, 2010

dugaan giler untuk hari ni kerana aku tak sahur.
dah la tak sahur.
petang tadi nak balik umah punyalah panas tak ingat.
ley terbakar aku.
iman puasa pon agak tergugat di situ tatkala aku kehausan.
wawawawa ~~~
segala upaya tadi aku lakukan.
traffic ligth tak hijau ag aku dah jalan.
konon aku panas sangat.
well~
just relax..dah bese.rempit katakan.haha
(2kali jatuh moto selepas dapat P )
hahahahaha.....
sampai umah ,panas badan cam org demam.
bila dah buka....
ALHAMDULILLAH...
legaaa~~~

Wednesday, August 11, 2010

:::::hari pertama puasa :::::

tersebutlah kisah lima bersaudara.sebenarnya takde kena mengena pown.
actly,akurasa lain hari nie coz hari pertama puasa an.
setan pown takde.so,,iman uh terkawal seketika pada suatu detik.
masa bulan lainbukan main payah lagi nak kawal.
nway,segalanya berubah malam tadi.

jeng3 ,,bulan puasa nie banyak ujian.setiap modul ada  ujian .
bak kata pensyarah aku
"bulan Ramadhan bulan ujian,dan ada ujian dalamnya,,jadi banyakkan stdy"
haha.
mase uh ada yg blurr tak pasal2.

aku terpinga2 lagi macam mane nak mulakan hari pertama puasa nie.
nak wat asignment yang tertunda jew.
kalau boleh ,keberkatan bulan nie aku harap dapat kat ku.
dah mals sebenarnya tangguh2 asignment nie.
buat malas,tangguh pon malas.
jadi ,siapkan cepat2.

penah masa sem 1 ,bulan puasa aku giliran untuk BENGKEL GEGAS.
(membentuk besi secara manual menggunakan tenaga manusia)
sejarah eh,
team sebelum puasa susah nak siapkan dalam masa 3minggu.
tapi bila tiba team yg kena bulan puasa.
dalam 2-3 minggu dah ley siap .
betapa berkatnya bulan puasa uh.

Monday, August 9, 2010

RAMADHAN AL MUBARAK !!

sekejap je ia tiba.pejam celik,,,cak!
dah puasa..
puasa bermaksud : menahan diri daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari.
tahun lepas puasa 5hari asrama,,2hari kay umah.
tahun nie.aku tak tahu macam mane.coz dah ulang alik naik moto g poli.
huh!
mampukah ku bertahan ???
hanya aku dan Allah je tahu.
impian dan harapan puasa kali ni.
dapat meningkatkan iman yang semakin rapuh ni.


Biar Sampai Syurga

klip nie membuatkan aku betapa untungnya mereka yang dapat hidup macam nie..

Tuesday, July 27, 2010

malas giler aku nak wat asignment hari nie ,cm nak relax je seumur hidop aku.mesti best an ??hahaha.
biol arr ..tadi jee bff aku col mepek meraban aku tak tau pe dy cakap an ..katanya panas coz lambat dapat makanan,,
yg org cafe uh pon satu ..apsal wt mber aku cam uh ?? ko nak kne hentak ngn aku ??
hahahaah ^_^ 
naseb bek mber aku uh gurl ..nak la aku layan kpale dy sket ..lau tak selamat hidop kau mat !
esok kelas kul 10 ,,waarrrgghh!! mcm malas je nak g ..cube tak payah ada 1 hari ..akunie yg pnat ulang alik !


itu jela yg aku nak bebel ...

Saturday, July 24, 2010

MENJENGAH KE ALAM PEKERJAAN ..

mulanya agak pelik sikit nak cakap semua nie.tapi ia amat penting bagi aku.
sudahlah aku anak sulong.sudahlah aku anak pertama.
eh,same je...
aku try la mohon satu kilang nie untuk latihan industri
mase dia orang call aku xpat angkat coz dalam kelas.
dua kali lak uh.
lepas tu,,dia call rumah aku.
tak angkat gak..
aaduh ,,aku tgah risau kalau2 dah kne reject !
*aku arap dapat kilang uh.
tinggi harapan aku.
taknak la jauh2.

Monday, July 19, 2010

.....SEPIKU RASA HATI KU ....

malam nie aku nak layan lagu jiwang2 coz si dia dah kembali dgn perkataan "kenapa saya rindukan awk??".perh,,sebak lak rasa ati nie.padan muke gak kat dia coz nak lepaskan aku.tau pon dy rindu aku.dia tak tau yg aku rindu gler dkt dy,,bagai nak mati.nseb bek ada adik agkt aku,,family,,n mber2...aku mmg tak dapat lupe dy.da bertahun kot aku sayang dy.knape dy terlalu baik nak fikirkan happiness aku jew??katanya tanggungjawab aku besar cz aku anak pertama,,dy pon same.takkan tak ley pikir.tp ttg cinta nie aku pikir.sehebat mane pon cara kite bcinte,ada jgak yg putos dtgah jalan.mcm mber aku.sampai siap tolong cat kan umah awek dy time pose.aleh2 putos gak.hahhahaahhha.dunia,,,kau tunjukkan aku jalan ke akhirat tanpa rasa sesal kerana terlalu berdosaa!

Saturday, July 17, 2010

*keluhan di hari minggu*

mula2 nak bagtahu yang sume kata2 nie dilahirkan dari keadaan sekeliling aku.
selama seminggu aku perhati gelagat manusia.paling aku anti adalah gelagat mber aku yang baru je ada kapel.perangai mereka,,mereka,,mereka berubah sekelip mata.
kalau dulu tak payah awek uh di bantu sangat,,sekarang dah sampai tahap hangin kat mber sendiri..
tak tahu lah pe nak jadi..aku ucap tahniah lah kat mereka,,mereka dan mereka uh .
pnat selama nie aku jadi kawan baik kau,kau dan kau.orang lain ada gak kapel.
kawan tak lupe pon.setiap masalah ngn kapel tak pon babitkan kawan.
minggu malas bagi aku nie semakin merebak kerana pandangan lecturer kepada dak2 kelas aku tinggi teramat tinggi...mentang2 kitorg blajar diploma.setakat baru masuk je pon.kne la refresh alek sume benda yg perlu.
nie nak keje endah tak endah.dah la baru mgajar! wat kami,,kami,,kami pening.
macam kami,,kami,,kami nie geng ko je eh ??
satu perkara lagi,,,lain kali lau dah malas cakap je.tak payah nak reject resume pelajar bulat2.unit latihan industri dah limitkan sampai 16/7,,,bantu jela lau kesalahan uh sikit je dan membabitkan diri sendiri.
nie tros reject cm x bsalah pape.saje la t dak2 DEM3 dapat busuk! nak marah ,,pensyarah.aduyai!
macam sial ! perangai sesetengah!
aku homat,,hormat gak,,,tapi berpada la nak suh pelajar hormat an..

p/s: lau nak mgajar senang..g tanjung rambutan o pusat serenti !

Thursday, July 15, 2010

jenama terkenal bukan mudah menarik perhatian masyarakat.lau perangai dah cm sial,sape2 pon tak nak bersama.tak faham aku dgn perangai masing2.bukan nak kutok sape2,tapi kenyataan.aku cukup tak suke lau ada orang uh dulu boikot gler2 ttg sesuatu tapi tbe2 dy termakan kata2 sendiri .pe cer uh?pening saja aku fikir.
cara aku nie bukan nak tiru saper2 ,,tapi mg dah malas nak pikir pape tros je taip ttg sume hal yg remeh dijadikan kekecohan setiap umat di sekeliling! bukan marah atau memboikot gak.
tapi peristiwa kejam yg menimpa diri aku pon berkait rapat.
aku mengharapkan dia tapi dia terlalu baik utk aku sehingga wat keputusan yg tak sanggop aku terima.
kerana selisih keluarga,,dia mengalah!
perh ,,aku pon hormat jela...
ini jela yg dapat aku cerita kan.....

Monday, July 12, 2010

bahana spain !

setelah sebulan kejohanan berlansung ..
aku dari awal telah yakin yang SPAIN akan menjadi JUARA ..
walaupun ada sedikit gusar bila lawan mereka pasukan hebat2,,
apatah lagi bila kalah pada SWITZERLAND..
pedih amat time uh..

segala pahit ,,suke dan duke telah aku hadapi ..
walau pada dasar aku tak tgok pon perlawanan mereka semasa peringkat kumpulan..

kemenengan mereka yang tipis dalam setiap perlawanan sudah cukup
asal menang jee ..
HAHA....

tapi pada perlawanan akhir pagi tadi buat aku respect giler kat
tak lain tak bukan
captain!
IKER CASILLAS

dia teramat terbaik!
tahniah coz dapat SARUNG TANGAN EMAS..
dan 
ANDRES INIESTA
tahniah digelar PEMAIN TERBAIK..

tiada kekecewaan dalam pertemuan kali ini..
pesembahn SPAIN memukau !
kecekapan CASILLAS,
membanggakan aku sbg penyokong SPAIN !

IKER CASILLAS


ANDRES INIESTA

*berharap MALAYSIA akan mengikut jejak langkah SEPANYOL

*SEPANYOL menjadi pasukan ke - 8,
memnangi Piala Dunia.

Sunday, July 11, 2010

PERHUBUNGAN BERSAMA HARAPAN

"pada senyummu ,,
pada tawamu kaseh ,,
pada kebahagiaanku,,
warna hidup ini"

lagu nie aku tujukan kat adq angkat aku yang aku yg aku tak akan lepaskan!
walau pe pon yg terjadi dik ..
abg tgk kamu dah lame .
dari kamu f1 ag..
(time ue aku f2)

hahahahaah,,
pe yg best ttg dy .
dy manyak sedarkan aku ..
kapeL tak selalu kekal ..

cuma yang peliknya dy ada bf ...
mayb pgalaman mematangkan diri ..
means aku nie kira mendampingi gf org la...
dari pemikiran aku ..

tapi pe ada hal ..??
aku tetap sayang dy .
tak lebih dari seorng adik ,,
tak kurg dari seorang kawan..........

aku masef igt mesej dy dkt aku
"adq nak abg ,,sbg abg ,,adq takot adq dah permainkan ati abg"

abg tak kesah pon dik .
abg pon anggap adq jee..
tak lebih..

*pesanan itu tadi dibawakan khas oleh Ayen Mencapai Chemist*

SEBUAH PERHITUNGAN DALAM CINTA

kau muncul sewaktu aku mencari cinta sejati.tetapi aku belum dapat menerima cinta kau,,
bila aku sedar,kau milik aku sebagai kekasih setelah kita bertengkar.
aku pun mulamenjadikan kau harapan aku untuk terus percaya kau cinta sejati aku,
telah aku pertahan selama beberapa bulan.
dari kau masih di bangku sekolah.
hingga kau menempuh alam dunia baru.
aku tetap menanti,,,
namun telah tiba saat perjalanan sebagai seorang anak menjadi halangan.
dalam menjalani sebuah cinta.
bukan aku mengeluh..
tapi aku perlukan sesuatu yang menambahkan keyakinan aku pada cinta dan jodoh.
memang sukar nak aku jelaskan.
mulakan lah kisah aku dan dia dengan sebuah pernikahan.
percintaan tanpa ikatan amat rapuh.
tempoh 5tahun,,
mampukah aku utk yakin memiliki kau??
berserah sajelah,,,,,
aku terlalu banyak lelah ketika bersama kau..

*tak tahu pe aku tulis,,pahamkan sendiri..
kepada yang komen,
terima kasih atas pendapat mu.*
*ini hidup aku*

~SEBUAH KENANGAN DALAM KEHIDUPAN~

bermula dari tahun 1991..
sehingga tahun 2006..
aku menetap dan membesar di Kem Briged Tengah, Cheras, Selangor..
bayangkan selama 15tahun aku hidup kat sana...

tiba saat bulan Disember 2006..
detik di mana aku terpaksa berpindah ke Balai Polis Wangsa Maju,KL..

dengan di iringi 2 buah trak yang membawa muatan rumah aku..
sayu je tinggalkan Kem tersebut..

kemudian setelah 8bulan aku menetap di sana..
satu lagi babak pertukaran berlaku..
kali ini agak rumit prosesnya..

ayah aku ditukarkan ke Balai Polis Seri Alam,JOHOR...
semakin perit aku rasa..
terpaksa membuat permohonan asrama di SMT Setapak,KL..
pada hal mase aku duduk dekat BPWM uh..
just jalan kaki je...
tapi aku fikir yang semua nie ada hikmahnya..

Sekarang,,,dah dekat 3 tahun aku menetap di Masai ni...
aku pon dapatlah...
polteknik yang paling dekat an..
POLITEKNIK JOHOR BAHRU,
PASIR GUDANG...

*aku rasa happy walaupun hidup begini*