Wednesday, November 24, 2010

PENTAS

pernah tak satu ketika korang rasa hidup nie teramat perit
teramat berat untuk berada di pentas persada duniawi ini??
mesti pernah kan.

aku maseh terbayang2 lagi bila mana 
ada perkataan yang meinsafkan.
DUNIA INI IBARAT SUATU PENTAS
kita adalah pelakon dan watak terletak pada diri maseng2.
Allah adalah PENGARAH bagi ceritera yang berlaku di sekeliling .

boleh dikatakan semua tahu tentang ni .
macam mana watak utama dari siri pertama 
perjalanan hidup manusia 
iaitu
NABI ADAM & SITI HAWA.

dari kisah mereka kita dapat simpulkan pelbagai perkara tatkala terkadang kita leka.
leka dengan kehebatan duniawi.
tak semua sedar cerita disebalik kesilapan watak utama .
sebagai contoh:
seorang pelakon perlu mengikut kehendak pengarah bagi memastikan sebuah karya dihasilkan dan digarap dengan begitu sempurna dan dapat mencapai sebuah penghormatan.

MAKA,kita sebagai manusia yang dicipta Allah,
perlu sedar yang kita ini hanya HAMBA .
yang MAHA PENCIPTA ingin lihat telatah kita semasa di pentas .
Prinsip-NYA amat jelas.
LAKSANAKAN PERINTAH-NYA !
mengikut Al-QURAN sebagai panduan
dan
NABI MUHAMMAD S.A.W sebagai rujukan.

dengan pelbagai tanda2 kiamat telah muncul .
inilah ,
inilah kemuncak ceritera yang di arahkan oleh Allah.
kita akan dapat lihat setiap watak akan memprlihatkan perwatakan yang berbeza.
dan di pengakhiran nya.
sebuah FILEM akan ditoton oleh segenap umat di PADANG MAHSYAR.
ibarat filem yang akan mencapai status BLOCKBUSTER lagaknya.
huhuhu.

Nyatijahnya, marilah kita berusaha mendapatkan ANUGERAH PELAKON TERBAIK
semasa di SANA nanti .
dan 'percutiannya' semua dapat merasa 
cuma bergantung kepada amalan maseng2 .
samada SYURGA atau NERAKA.
lebih elok kita kejarkan ke Syurga lah hendaknya.

INSYA-ALLAH

No comments:

Post a Comment