Saturday, January 29, 2011

mood nak menaip menaip.

Assalamualaikum ,
detik ini ,aku rasa memang sangat rajin untuk menaip tentang apa apa kisah sekalipun.

mula mula sekali ,
aku rasa cuti yang akan menjelma ini bakal aku isi sebaiknya.
dengan countdown dua test bila naik cuti nanti .
aku tak nak sia sia kan cuti kali ini .

aku harap jugak cuti kali ini dapat aku isi dengan ,,,,
latihan lesen kelas D .haha .
of cos la kereta kan ...
lesen L tinggal lagi 2 bulan je .
bagi mengelakkan kena keluar duit untuk renew ,,
aku kena usaha supaya dapat cepat habiskan.

hari ini juga satu pengalaman buat aku tersenyum menjelma .
saje je aku taip nama gadis yang aku admired time darjah 5,
sampai lah last aku kat KEM .
berbalik semula ,
aku taip lah nama dia dekat Google Search ,
ENTER !!!
jumpa jugak walaupun tak tau tempat spesifik dia belajar katner.
tapi sekarang dia jadi fasilitator sebuah agensi motivasi .
sedang menuntut dalam ,,
Degree In E-Business and Management .
aku tengok wajah berseri seri dia tak berubah langsung .
makin hati aku melekat untuk dia .
aku jew muka dah macam bapak orang .
hahaaha .

tapi aku tak berapa pasti hati dia milik siapa .
dan aku yakin dan percaya .
dia lah gadis yang takkan tinggalkan tudung walaupun keluar kemana mana .
dari darjah 5 ,,
darjah 6 aku mula langkah ,
tapi macam macam gosip aku dengar .
dia kelas ke-2 ,aku ke-7 ...
masa form3 ,aku jumpa dia masa Solat Terawih je .
itupun segan nak tegur .
lepas ni ,wajah dia dan perwatakan dia akan menghantui hidup aku kembali .

aku pun tak tahu kenapa aku still masih suka dekat dia dan masih mencari
tentang apa yang dia lakukan walaupun aku tak pernah nak sembang ngn dia .
tapi JODOH DI TANGAN ALLAH.
apa pun boleh jadi .

paling penting yang aku suka dekat dia adalah ,,,
dia sentiasa ingat Allah .
bukan rupa semata mata .

-itulah kisah yang takde kena mengena dengan tajuk-

Monday, January 24, 2011

MINGGU SEBELUM MID SEM

pertama untuk minggu ni .
aku rasa tak best ,selsema melanda .
dah la minggu depan je nak cuti .
kuiz math tak buat lagi ..

asignment lak belambak ,
tadi dah dapat asignment untuk cuti nanti .
wahh ,,langkah yang cepat untuk pensyarah itu .

then , tadi baru jew dapat bil pertama untuk broadband.
sangat teruja sebab angka yang amat berat untuk dilihat .
tapi nak wat camne an .
hasil blog ni pon dari broadband itu .
huhuhuhu .

~
usaha untuk mencari gadis bisu semakin pudar ,
tengah selsema ni jadi malas lak .
kepala pon dah tak leh pikir ,
hahaha .rasa nak cuti awal je .

paling ganas adalah ,
aku semakin malas nak belajar ,
tapi try do the best untuk sem ni.
dah la nak kena mohon balik tempat praktikal .
sangat malas untuk bergerak .hehe

bercerita tentang perempuan ,
baru semalam dapat tengok susuk tubuh Adira AF.
awek comel uh rupanya memang comel dengan kerendangan dia .
dia lagi pendek dari stacy yang aku sangka pendek amat uh .
comel jew tengok dia .
dapat tengok jela .haha .

baru je tadi ,
sinetron Bukan Diriku tamat .
aku tengok sikit2 je .
tapi boleh ar best nyer .

akhir sekali ,
takde ape yang boleh berlaku tanpa ketentuan-NYA .
 :)

Saturday, January 22, 2011

assalamualaikum dan selamat sejahtera .

agak lama jugak aku tak update blog nie .
rindu uh pon ada la jugak .
tapi disebabkan kesibukan sering melanda ,
terpaksa lupakan niat nak menaip kejadah semua nie .
haha

first of all ,
dalam minggu2 selama aku tak update blog ,
mcm2 jadi dekat aku .
mcm2 jatuh pon dapat rasa .
hehehe .

actually ada suatu hari aku lepak kat kantin .
terpandang seorang gadis istimewa dengan bisunya .
sangat indah ciptaan Allah .
aku ngan dia jadi bertentang mata dari jauh jew..
hehe
lepas uh aku yang angau sendiri .

mulalah angan2 aku nak berpasangan dengan gadis yang kekurangan
dari segi berkata2.
sebab aku nie pon jenis malas bercakap lebih .
orang tye sepatahjawab sepatah .
andai kata dijodohkan dengan gadis bisu .
aku terima sangat2 ,
aku tak kisah gadis uh bisu .
janji sedap mata memandang ,hati pun ikhlas.

kadang2 pikir jugak ape kesannya pada mase depan .
tapi sejak hari uh aku dah macam nekad ,
mcam rasa yang aku sangat bahagia jika dapat gadis bisu.
sebab tak de sape akan mulakan pergaduhan .
heheh


satu cerita lagi ,
dalam masa aku sibuk ngan dunia realiti ,
kat dunia maya nie timbul satu,
'social network' yang baru .
1malaysia.com 
agak baru .
macam best .huhu

oke lah .setakat  ini jew .sekian...