Tuesday, April 10, 2012

best jugak bila layan lagu korea

wahhhh ,,dah 3 bulan aku tak update kejadah blog nie.
hahahaha.

macam biasa ,menunpukan diri pada keluarga dan pembelajaran.
(facebook bukak jugak)
hahahhaaha.

permulaan cerita aku ,
sebuah Video Klip kumpulan FT ISLAND 
membuka mata dan telinga.

*PASTIKAN LAGU KAT BAWAH TU STOP KAN DULU YE !



untuk faham jalan cerita.
aku download dari youtube yang ada subtitle english

oleh kerana gadis dalam video ini comel sangat,
aku layan aje..

mengisahkan seorang lelaki bersedih atas kematian kekasih yang baru dimiliki.
ratapan dia membuatkan masa kembali berputar ke masa seminggu sebelum kematian gadis tersebut.

dalam masa seminggu tu ,
dia terpaksa bermula dari awal
dan menjalani hari2 yang mereka lalui di samping memikat hati gadis tersebut.

hari demi hari dan tiba hari sebelum hari kematian..
lelaki tersebut memujuk gadis supaya tak pergi satu pertandingan yang ada kaitan dengan kematian gadis tu.
awek tu marah la .
malam tu ,,tiba waktunya, sepatutnya awek tu mati ...
atas kekuatan cinta..
lelaki tu halang kereta mabuk dari langgar awek tu.
matilah pulak dia.

boleh kata KARMA la jugak.
laki tu yang mintak kan.
memang teruk la macam tajuk lagunye.
hahahaha


Sunday, January 22, 2012

MISTERI GADIS BAJU BIRU

Lama ,,lama sangat tak update ..
tapi jangan risau ,
banyak cerita baru .
hahhaha.

pada tarikh 21.1.12 ,,
cantik pulak tengoknyer ..
aku ke Jusco Tebrau City, 
aim to Harris Bookstore.

maka tercipta satu kisah ,,
terpandang seorang ini ,,
aku tertarik dengan dia ,,
bila aku pandang dia ,dia pun sambut .
aku pulak yang malu .
hahahha .
dari apa yang aku perhatikan ,,dia kesorangan tanpa teman..
tetapi silap aku pun tercipta kerana tak berani menegur .
cuma thanks kepada kawanku kerana make an effort ...
buat memo tertulis email aku bagi dekat gadis itu ..

selepas tu aku buat tak layan je .
sebab taknak tersangkut sangat .
tapi apabila aku pergi satu satu tempat dalam Jusco tu ,,
terserempak je dengaan dia .
kali ke dua aku follow dia .

dek kerana tak tahan nak kencing ,,tpaksa gi toilet dan malas membelenggu ..
hahaha.

bila makan ,,gi KFC .
aku jangkakan dia tak ada sebab dah beli makanan kat kedai lain ..
tapi ,,,,
aku tengah makan ,,dia ada depan mata .
cuma bungkus je ar ..
aku pun tak terfikir nak follow lagi .


sampai rumah dan sampai sekarang ,,,
aku masih angaukan dia.

aku beri nama ..
si gadis baju biru ,,

MISTERI GADIS BAJU BIRU .

Tuesday, December 20, 2011

minggu setelah mendaftar

berdiri saya disini ingin menguarkan bahawa saya,
pelajar politeknik ibrahim sultan atau secara tepat nya pjb,
merasa amat berbangga menjadi senior untuk pertama kali di politeknik kesayangan.
hahahaha.....

padahal huru hara dibuatnya masa
minggu pertama daftar ,,
nak susun jadualnya....
nak menjengah sana sini ...
sampai demam panas !!!

dah la musim hujan menjadi2 
boleh dikatakan dalam 2hari uh straight hujan tak benti.
keyboard ni penoh ngn kuman batok ..hahaha.

kesian tak ???
tak kan???
hahahaha ...

tengok budak2 yang baru masuk ...
junior la kirenya...
nak try mcm malas la plak.
yang comel uh banyak
(perempuan je ye)
yang lelaki uh setakat 
"bang,bengkel ni kat mane??",
"ha,,jalan terus dun belok2"
hahaha.

selesai ,,,
pan nak amek subjek sem6 banyak sikit.
tapi ....
macam tak oke je.huhu.
by the way ,cukup ar math5 ...

adioss...!!

Tuesday, December 13, 2011

PENDAFTARAN PELAJAR POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN

wohooooo ...
aku dah berjaya lepasi halangan kali ini .
Alhamdulillah...

selepas pendaftaran modul untuk sem5 ni ,
kena la belajar lebih tekun .
tak perlu mengadap internet sangat .
nanti jadi macam sejarah yang dulu.

sem 5 nie tampak susah subjek nye.
disusuli beberapa subjek sem6.

tapi rasa macam dah janggal lak nak
bergaul dengan kawan2 satu badge .
diorang pandai sangat .

aku kalau boleh nak amek subjek sem6 skali .
tak la kelam kabut sem last t.

apa pun ,aku harap
aku mampu hadapi semester2 last nie .
(dah tua rupanya)

Saturday, December 3, 2011

kembali menjadi seorang pelajar Politeknik

setelah 5bulan hidup sebagai pekerja di sebuah kilang
berpangkalan di kawasan MIEL ,bandar seri alam
dengan cuti yang singkat ni aku kena gunakan sebaiknya

sebab kalau tak siap laporan laporan aku tu ,
boleh musnah harapan aku nak merasa
Politeknik Johor Bahru
untuk setahun je sisa sisa yang tinggal.

PTPTN tinggal 1 sem je ikut perjanjian.
hahahaha

yang penting sekarang dengan ada boben baru .
aku tak nak jadikan 2sem lepas sebagai alasan.
(online tak ingat sampai banyak gagal)
ni semua bahana FB !!
hahahaha

sambil aku update ni.
laporan laporan sedang menunggu di depan mata 
dan yang paling best ,
tak mandi lagi !

hahaha.

ha ! tengok2 jam pulak !

oke .adios !!

Saturday, October 15, 2011

LATIHAN INDUSTRI

setelah lama tak update blog
yang dah bersawang macam gua yang takde penghuni.

maaf kerana terlalu sibuk dengan praktikal

bukan kat ofis place.
tapi kat kilang yang penuh minyak2 .haha
dan
ketiadaan line tenet di kawasan tempat tinggal.

maaf atas segala kesulitan.

Thursday, March 10, 2011

PERCAYALAH ...MAJORITI .

Mengapa anda kaum perempuan perlu berkahwin dengan seorang Jurutera atau dalam Bahasa Inggerisnya,Engineer berbanding graduan dari bidang Undang-Undang, Pentadbiran, Seni atau Perubatan?

Disini terdapat 3 fakta kukuh yang menyokong pernyataan tersebut.


1.Kehidupan yang lebih terjamin

Seorang engineer bakal menyediakan kehidupan yang terjamin kepada anda.
Pada umur 27 tahun, seorang jurutera mungkin sudah mempunyai pekerjaan yang terhormat, stabil dan mempunyai pendapatan yang tinggi untuk memiliki kereta , melabur, kehidupan yang selesa, berkahwin dan juga membeli sebuah rumah.

Manakala
-Lulusan undang-undang masih bekerja sebagai apprentice di firma-firma guaman
-Sebahagian lulusan pentadbiran baru sahaja gagal dalam rancangan perniagaan mereka yang pertama
-Lulusan seni masih mencari pekerjaan
-Lulusan sekolah perubatan masih menjadi doktor pelatih di hospital-hospital

2.Kegigihan yang tinggi

Seorang teman lelaki yang bergelar engineer akan memperuntukkan jumlah masa dan usaha yang tidak terjangkau banyaknya untuk memahami anda.
Ini kerana seorang engineer sangat bekerja keras untuk memahami pekerjaan mereka.
Semestinya mereka akan berusaha keras untuk memahami diri anda juga seperti memahami pekerjaan mereka jika mereka percaya anda-adalah satu-satunya insan yang istimewa dalam hidup mereka.
Jika mereka tidak memahami diri anda pada mulanya, mereka akan terus berusaha.
Jika mereka masih tidak faham, mereka akan mencari kaedah yang tepat untuk membuatkan anda gembira.
Sebagai contoh (membeli cincin berlian=satu minggu kebahagian).
Jika mereka telah menemui formula rahsia tersebut, mereka akan terus mengulanginya hingga menepati hasil yang dikehendaki.

Berbeza dengan:-
-peguam yang akan sentiasa berdebat dengan anda
-graduan pengurusan yang akan mengawal perbelanjaan anda
-graduan seni yang akan mengubah penampilan anda
-graduan perubatan yang akan menjadikan anda seperti nurse di hospital

Sangat mudah untuk engineer menjadikan anda satu-satunya insan yang mereka sayangi dalam hidup mereka umpama anda salah satu daripada projek mereka dan mereka akan tersangkut pada anda selamanya.

3.Seorang teman lelaki yang bergelar Engineer tidak akan mengkhianati kepercayaan anda

Buktinya:-
-para peguam mungkin akan berbohong kepada anda
-seorang graduan pentadbiran mungkin akan menipu wang anda
-seorang graduan seni adalah seorang penggoda
-seorang doktor mungkin hanya melihat anda seperti seorang mayat

Teman lelaki bergelar engineer terlalu sibuk untuk mempunyai hubungan istimewa lain dan jika ada, mereka akan terlalu bodoh untuk berbohong kepada anda.
Oleh itu, seorang engineer ialah the most secure boyfriend yang anda pernah temui,cukup kaya dan akan tetap mencuba untuk memahami dan menyenangkan anda, tiada masa untuk mempunyai hubungan istimewa lain dan terlalu bodoh untuk berbohong.
mereka juga sangat cool berbanding orang lain..