Friday, July 6, 2012

detik detik menuju semester 7 .HAHA !!

mengimbas kembali semasa Julai 2009 ,
sibuk menyiapkan diri untuk menghadapi dunia Pengajian Tinggi .
tak sangka dah 3 tahun berada kat Politeknik Johor Bahru
( sekarang dikenali Politeknik Ibrahim Sultan )
tengok ,,,sampai dah tukar nama.HAHA ..

masa tuu umur baru 18 tahun .
sekarang dah nak 21 tahun .
(takde kena mengena kowt)
kawan2 lain ramai dah habis belajar .
( TAMAT PROGRAM )
ada yang habis dengan semester 6 ,
ada yang habis dengan semester pendek Mei 2012..
TAHNIAH buat korang .

tinggal lagi 1 semester jer untuk dapat konvo sesama .
harapan dapat habiskan dengan pointer 3 point above laa.
semangat nak belajar semakin memuncak.
tapi tengoklah nanti macam mane perjalanan kuliah an..
mungkin banyak sangat cuti pon tak bape bagus.

... PROJEK AKHIR SEMESTER => SAVILIGHT ..

semoga perancangan yang ditetapkan dapat dilaksanakan 
DAN
berharap dapat ke LOS ANGELES, US .

terima kasih kepada yang sudi singgah ke blog ni ...

Thursday, June 21, 2012

Pencarian . . .

kehadapan anakanda tercinta ,,
ape plak aku merepek ni.

pencarian 2 gadis terlaksana ,

mampukah mereka bertahan .hahaha

NoorAfuza , Nurlizan ....

telah dijumpai dengan kepakaran dan kebengongan diri ni .

paling menjadi perhatian adalah perkembangan Nurlizan yang belajar di UPM ,Bintulu.

aku baru jumpa fb dia ,padahal dah 50 mutual friend .haha .
hasil siasatan . . . . 
berkemungkinan telah diambil hatinya oleh seseorang.



lain pula cerita Noof Afuza ,telah diambil hatinya oleh seorang jejaka soleh yang memang padan untuk dia .tapi sedih ,usaha nak keep in touch dengan si Afuza ni sebagai ex classmate gagal.aku add fb dia tapi dia block aku .cettt ...baguslah ...kau ingat aku nak mengorat ko balik ke ,,sorry ,sorry ,sorry ..family aku lagi aku sayang !pasangan aku biarlah Allah yang temukan.

cerita tentang Nurlizan ..aku tengah tunggu dia approve aku .

yang penting aku dah anggap diorang sebagai kawan sekelas aku yang aku rindu .itu je ..tak perlu block2 ...

sekian .

Tuesday, April 17, 2012

Kelas di hari pertama konvokensyen PIS

pertamanya,
hari ni agak sibuk dengan urusan sebagai seorang pelajar.
kena siapkan asignment (tapi tak hantar lagi pon)
malam ada test 2 pneumatik & hidraulik,,

minggu terakhir nak Final ni semua lecturer berhempas pulas,,
bagi berlambak asignment yang terlalu banyak.
dengan nak settle kan test lagi .
kusut jugak dibuatnye.

masa sebelum kelas mathematic tadi,,
adalah satu pemandangan mencuci mata.
awek pakai tudung belakang macam bonggol unta.
besar giler !
ingatkan jauhla dia nak pergi kan.
rupanya ..tingkat bawah kelas aku je.
member2 aku dah usya layan jee..
mane taknye .semua ketat .payung memanjang...
hahahaha .
rasa berdosa giler pon ada .adoyai !

mata aku ni dah la rabun jauh .
bila check nak wat cermin mata,,,rabun dalam 200 je
tapi rasa macam lebih gle .
ke mata  ada penyakit pon aku tak tahu.
susah jugak bila nak kena pakai spec nie.
bila bukak ,,belang muka terserlah lak.
hahahahahaha.

BERCERITA TENTANG KONVO ,,,
Insyaallah ,,kalau takde masalah,,
aku tinggal 1 sem jer..
harap2 lulus jela untuk kali nie.
modul semua untuk sem5 n 6 nie
Difficulity : Hard
untuk difahami oleh diri aku .
kadangkala faham kadangkala tak faham...

SEmoga Final kali ni aku lebih tenang untuk jawab ..
setakat LULUS pun cukup la.
at least tak kena Carry..
susah lau terjebak.
cukuplah untuk sekali percubaan berani mati.
hahahahaaha


Tuesday, April 10, 2012

best jugak bila layan lagu korea

wahhhh ,,dah 3 bulan aku tak update kejadah blog nie.
hahahaha.

macam biasa ,menunpukan diri pada keluarga dan pembelajaran.
(facebook bukak jugak)
hahahhaaha.

permulaan cerita aku ,
sebuah Video Klip kumpulan FT ISLAND 
membuka mata dan telinga.

*PASTIKAN LAGU KAT BAWAH TU STOP KAN DULU YE !



untuk faham jalan cerita.
aku download dari youtube yang ada subtitle english

oleh kerana gadis dalam video ini comel sangat,
aku layan aje..

mengisahkan seorang lelaki bersedih atas kematian kekasih yang baru dimiliki.
ratapan dia membuatkan masa kembali berputar ke masa seminggu sebelum kematian gadis tersebut.

dalam masa seminggu tu ,
dia terpaksa bermula dari awal
dan menjalani hari2 yang mereka lalui di samping memikat hati gadis tersebut.

hari demi hari dan tiba hari sebelum hari kematian..
lelaki tersebut memujuk gadis supaya tak pergi satu pertandingan yang ada kaitan dengan kematian gadis tu.
awek tu marah la .
malam tu ,,tiba waktunya, sepatutnya awek tu mati ...
atas kekuatan cinta..
lelaki tu halang kereta mabuk dari langgar awek tu.
matilah pulak dia.

boleh kata KARMA la jugak.
laki tu yang mintak kan.
memang teruk la macam tajuk lagunye.
hahahaha


Sunday, January 22, 2012

MISTERI GADIS BAJU BIRU

Lama ,,lama sangat tak update ..
tapi jangan risau ,
banyak cerita baru .
hahhaha.

pada tarikh 21.1.12 ,,
cantik pulak tengoknyer ..
aku ke Jusco Tebrau City, 
aim to Harris Bookstore.

maka tercipta satu kisah ,,
terpandang seorang ini ,,
aku tertarik dengan dia ,,
bila aku pandang dia ,dia pun sambut .
aku pulak yang malu .
hahahha .
dari apa yang aku perhatikan ,,dia kesorangan tanpa teman..
tetapi silap aku pun tercipta kerana tak berani menegur .
cuma thanks kepada kawanku kerana make an effort ...
buat memo tertulis email aku bagi dekat gadis itu ..

selepas tu aku buat tak layan je .
sebab taknak tersangkut sangat .
tapi apabila aku pergi satu satu tempat dalam Jusco tu ,,
terserempak je dengaan dia .
kali ke dua aku follow dia .

dek kerana tak tahan nak kencing ,,tpaksa gi toilet dan malas membelenggu ..
hahaha.

bila makan ,,gi KFC .
aku jangkakan dia tak ada sebab dah beli makanan kat kedai lain ..
tapi ,,,,
aku tengah makan ,,dia ada depan mata .
cuma bungkus je ar ..
aku pun tak terfikir nak follow lagi .


sampai rumah dan sampai sekarang ,,,
aku masih angaukan dia.

aku beri nama ..
si gadis baju biru ,,

MISTERI GADIS BAJU BIRU .

Tuesday, December 20, 2011

minggu setelah mendaftar

berdiri saya disini ingin menguarkan bahawa saya,
pelajar politeknik ibrahim sultan atau secara tepat nya pjb,
merasa amat berbangga menjadi senior untuk pertama kali di politeknik kesayangan.
hahahaha.....

padahal huru hara dibuatnya masa
minggu pertama daftar ,,
nak susun jadualnya....
nak menjengah sana sini ...
sampai demam panas !!!

dah la musim hujan menjadi2 
boleh dikatakan dalam 2hari uh straight hujan tak benti.
keyboard ni penoh ngn kuman batok ..hahaha.

kesian tak ???
tak kan???
hahahaha ...

tengok budak2 yang baru masuk ...
junior la kirenya...
nak try mcm malas la plak.
yang comel uh banyak
(perempuan je ye)
yang lelaki uh setakat 
"bang,bengkel ni kat mane??",
"ha,,jalan terus dun belok2"
hahaha.

selesai ,,,
pan nak amek subjek sem6 banyak sikit.
tapi ....
macam tak oke je.huhu.
by the way ,cukup ar math5 ...

adioss...!!

Tuesday, December 13, 2011

PENDAFTARAN PELAJAR POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN

wohooooo ...
aku dah berjaya lepasi halangan kali ini .
Alhamdulillah...

selepas pendaftaran modul untuk sem5 ni ,
kena la belajar lebih tekun .
tak perlu mengadap internet sangat .
nanti jadi macam sejarah yang dulu.

sem 5 nie tampak susah subjek nye.
disusuli beberapa subjek sem6.

tapi rasa macam dah janggal lak nak
bergaul dengan kawan2 satu badge .
diorang pandai sangat .

aku kalau boleh nak amek subjek sem6 skali .
tak la kelam kabut sem last t.

apa pun ,aku harap
aku mampu hadapi semester2 last nie .
(dah tua rupanya)