Tuesday, February 22, 2011

Assalamualaikum .
terdahulu aku nak ucapkan terima kasih pada cik nona sebab dah follow aku.

selama aku tak update blog ,
kadang kadang sibuk dengan kegiatan harian .
kadang tak ada mood nak online .
hahaaa...

cerita yang aku suka selama tak online ,
Telemovie Sudu & Garfu .
begitu manis cerita itu .
terasa nak bercinta dan dicinta .
lagi lagi yang berlakon adalah si gadis manis Siti Saleha .
huhuhuh ..

cerita lain pula ,
baru nak tengok sepenuhnya short story .
COFFEE MATE : NOTA CINTA .
sweet jugak cerita uh .
dan memberi peringatan kepada insan yang bekerjaya dan telah berkahwin.

Apa pun ,
komitmen aku tetap tak berubah ,
selagi aku tak dapat genggam DIPLOMA IN MECHATRONICS .
aku takkan terlalu serius dalam bercinta .
setakat di cintai uh , Alhamdulillah la kalau ada. 

okeyh .chow !

Tuesday, February 1, 2011

OH HUJAN !

Asslamualaikum ,
entry ini tak de kaitan dengan kumpulan Hujan ye .
semu bermula pada tanggal 29januari 2011.
hujan melanda selama dua hari dan pada detik aku menaip ,
hari maseh hujan .
selama dua hari hujan tidak berhenti.
hanya pada 31 januari ,hujan menjinak .
huhuhu.
bermulalah suasana di Genting Highlands di tempat aku berlindung .
kaki mula rasa sejuk bile memijak mozek.

alamak !
kembali kepada asal ..
haha .
tak sangka hebat kuasa Allah .
tepat jam 12 mlm ,31 jan 2011 .
hujan kembali turun .
tak tahu sampai bila lagi .
tapi Allah Maha Bijaksana!

Saturday, January 29, 2011

mood nak menaip menaip.

Assalamualaikum ,
detik ini ,aku rasa memang sangat rajin untuk menaip tentang apa apa kisah sekalipun.

mula mula sekali ,
aku rasa cuti yang akan menjelma ini bakal aku isi sebaiknya.
dengan countdown dua test bila naik cuti nanti .
aku tak nak sia sia kan cuti kali ini .

aku harap jugak cuti kali ini dapat aku isi dengan ,,,,
latihan lesen kelas D .haha .
of cos la kereta kan ...
lesen L tinggal lagi 2 bulan je .
bagi mengelakkan kena keluar duit untuk renew ,,
aku kena usaha supaya dapat cepat habiskan.

hari ini juga satu pengalaman buat aku tersenyum menjelma .
saje je aku taip nama gadis yang aku admired time darjah 5,
sampai lah last aku kat KEM .
berbalik semula ,
aku taip lah nama dia dekat Google Search ,
ENTER !!!
jumpa jugak walaupun tak tau tempat spesifik dia belajar katner.
tapi sekarang dia jadi fasilitator sebuah agensi motivasi .
sedang menuntut dalam ,,
Degree In E-Business and Management .
aku tengok wajah berseri seri dia tak berubah langsung .
makin hati aku melekat untuk dia .
aku jew muka dah macam bapak orang .
hahaaha .

tapi aku tak berapa pasti hati dia milik siapa .
dan aku yakin dan percaya .
dia lah gadis yang takkan tinggalkan tudung walaupun keluar kemana mana .
dari darjah 5 ,,
darjah 6 aku mula langkah ,
tapi macam macam gosip aku dengar .
dia kelas ke-2 ,aku ke-7 ...
masa form3 ,aku jumpa dia masa Solat Terawih je .
itupun segan nak tegur .
lepas ni ,wajah dia dan perwatakan dia akan menghantui hidup aku kembali .

aku pun tak tahu kenapa aku still masih suka dekat dia dan masih mencari
tentang apa yang dia lakukan walaupun aku tak pernah nak sembang ngn dia .
tapi JODOH DI TANGAN ALLAH.
apa pun boleh jadi .

paling penting yang aku suka dekat dia adalah ,,,
dia sentiasa ingat Allah .
bukan rupa semata mata .

-itulah kisah yang takde kena mengena dengan tajuk-

Monday, January 24, 2011

MINGGU SEBELUM MID SEM

pertama untuk minggu ni .
aku rasa tak best ,selsema melanda .
dah la minggu depan je nak cuti .
kuiz math tak buat lagi ..

asignment lak belambak ,
tadi dah dapat asignment untuk cuti nanti .
wahh ,,langkah yang cepat untuk pensyarah itu .

then , tadi baru jew dapat bil pertama untuk broadband.
sangat teruja sebab angka yang amat berat untuk dilihat .
tapi nak wat camne an .
hasil blog ni pon dari broadband itu .
huhuhuhu .

~
usaha untuk mencari gadis bisu semakin pudar ,
tengah selsema ni jadi malas lak .
kepala pon dah tak leh pikir ,
hahaha .rasa nak cuti awal je .

paling ganas adalah ,
aku semakin malas nak belajar ,
tapi try do the best untuk sem ni.
dah la nak kena mohon balik tempat praktikal .
sangat malas untuk bergerak .hehe

bercerita tentang perempuan ,
baru semalam dapat tengok susuk tubuh Adira AF.
awek comel uh rupanya memang comel dengan kerendangan dia .
dia lagi pendek dari stacy yang aku sangka pendek amat uh .
comel jew tengok dia .
dapat tengok jela .haha .

baru je tadi ,
sinetron Bukan Diriku tamat .
aku tengok sikit2 je .
tapi boleh ar best nyer .

akhir sekali ,
takde ape yang boleh berlaku tanpa ketentuan-NYA .
 :)

Saturday, January 22, 2011

assalamualaikum dan selamat sejahtera .

agak lama jugak aku tak update blog nie .
rindu uh pon ada la jugak .
tapi disebabkan kesibukan sering melanda ,
terpaksa lupakan niat nak menaip kejadah semua nie .
haha

first of all ,
dalam minggu2 selama aku tak update blog ,
mcm2 jadi dekat aku .
mcm2 jatuh pon dapat rasa .
hehehe .

actually ada suatu hari aku lepak kat kantin .
terpandang seorang gadis istimewa dengan bisunya .
sangat indah ciptaan Allah .
aku ngan dia jadi bertentang mata dari jauh jew..
hehe
lepas uh aku yang angau sendiri .

mulalah angan2 aku nak berpasangan dengan gadis yang kekurangan
dari segi berkata2.
sebab aku nie pon jenis malas bercakap lebih .
orang tye sepatahjawab sepatah .
andai kata dijodohkan dengan gadis bisu .
aku terima sangat2 ,
aku tak kisah gadis uh bisu .
janji sedap mata memandang ,hati pun ikhlas.

kadang2 pikir jugak ape kesannya pada mase depan .
tapi sejak hari uh aku dah macam nekad ,
mcam rasa yang aku sangat bahagia jika dapat gadis bisu.
sebab tak de sape akan mulakan pergaduhan .
heheh


satu cerita lagi ,
dalam masa aku sibuk ngan dunia realiti ,
kat dunia maya nie timbul satu,
'social network' yang baru .
1malaysia.com 
agak baru .
macam best .huhu

oke lah .setakat  ini jew .sekian...

Monday, November 29, 2010

turun semester .

kenapa tajuk atas uh ??
ape cer an ??
sebenarnya sesuatu telah berlaku dalam pengajian aku di Politeknik Johor Bahru.
semester3 jun2010 menghidupkan suatu pengalaman baru pada aku.
aku gagal 3 modul.

Peranti Mekatronik
Kajidaya Mesin
Kajidaya Bahan

dengan keputusan yang serupa bikin .
aku maseh tak layak ke Latihan Industri.
puncannya , mengikut syarat ,
42 jumlah jam kredit.
aku hanya dapat 41 jumlah jam kredit .
mula2 uh tak puas ati arr coz kurang 1 jam kredit je.
tapi aku dah mula redha .

aku bukan macam kebanyakan student .
berjaya dalam percubaan pertama .
memang subjek yang ku gagal uh aku terasa beban sangat .

mase exam aku dah yakin boleh jawab.
tapi takdir Allah ,
tak leh dipertikai .
aku secara automatik dalam group turun sem.
dari DEM Julai2009
kepada
DEM Januari2010.

aku dah mule faham ,
aku kena belajar dua kali baru aku betul2 faham 
ape itu mekatronik dengan lebih lagi.

semoga dengan 4 modul yang akan aku pelajari 
bermula 1 Dis 2010 
aku dapat berjaya hendaknya.

aku harap hanya 4 ssujek ar
boleh try tingkat kan pointer n HPNM  aku.
amin~

Pengajaran
: belajar dengan tekun,pasti berjaya:

Wednesday, November 24, 2010

PENTAS

pernah tak satu ketika korang rasa hidup nie teramat perit
teramat berat untuk berada di pentas persada duniawi ini??
mesti pernah kan.

aku maseh terbayang2 lagi bila mana 
ada perkataan yang meinsafkan.
DUNIA INI IBARAT SUATU PENTAS
kita adalah pelakon dan watak terletak pada diri maseng2.
Allah adalah PENGARAH bagi ceritera yang berlaku di sekeliling .

boleh dikatakan semua tahu tentang ni .
macam mana watak utama dari siri pertama 
perjalanan hidup manusia 
iaitu
NABI ADAM & SITI HAWA.

dari kisah mereka kita dapat simpulkan pelbagai perkara tatkala terkadang kita leka.
leka dengan kehebatan duniawi.
tak semua sedar cerita disebalik kesilapan watak utama .
sebagai contoh:
seorang pelakon perlu mengikut kehendak pengarah bagi memastikan sebuah karya dihasilkan dan digarap dengan begitu sempurna dan dapat mencapai sebuah penghormatan.

MAKA,kita sebagai manusia yang dicipta Allah,
perlu sedar yang kita ini hanya HAMBA .
yang MAHA PENCIPTA ingin lihat telatah kita semasa di pentas .
Prinsip-NYA amat jelas.
LAKSANAKAN PERINTAH-NYA !
mengikut Al-QURAN sebagai panduan
dan
NABI MUHAMMAD S.A.W sebagai rujukan.

dengan pelbagai tanda2 kiamat telah muncul .
inilah ,
inilah kemuncak ceritera yang di arahkan oleh Allah.
kita akan dapat lihat setiap watak akan memprlihatkan perwatakan yang berbeza.
dan di pengakhiran nya.
sebuah FILEM akan ditoton oleh segenap umat di PADANG MAHSYAR.
ibarat filem yang akan mencapai status BLOCKBUSTER lagaknya.
huhuhu.

Nyatijahnya, marilah kita berusaha mendapatkan ANUGERAH PELAKON TERBAIK
semasa di SANA nanti .
dan 'percutiannya' semua dapat merasa 
cuma bergantung kepada amalan maseng2 .
samada SYURGA atau NERAKA.
lebih elok kita kejarkan ke Syurga lah hendaknya.

INSYA-ALLAH